Astora Jabat - terkeluar dari ajaran Islam?
Siapa yg tak kenal dgn Astora Jabat - so-called penulis tersohor Utusan Malaysia dlm ruangan Bicara Agama. Tatkala aku mencari info/artikel berkaitan dgn Hari Valentine, terjumpa pula 1 fatwa menarik berkenaan artikel yg telah ditulis oleh Astora Jabat.
Tajuk:
Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat
Isu:
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.
Fatwa:
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
Tarikh Pewartaan:
29 Julai 2004
Utk kenyataan lengkap, rujuk:
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=838
Aku dah lama bangkang tulisan Astora Jabat nie, dah bertahun dah (entah sejak bila dia nie suka menulis isu yg kontroversi). Oh ya, aku menulis nie tiada unsur/pengaruh politik ya :) (maklumlah, Astora Jabat nie penyokong sebuah parti politik). Takut pula ada yg salah erti menganggap aku nie penyokong parti politik yg setentang dgn Astora Jabat nie.
Aku masih ingat masa waktu Alpha di MMU dulu; ada ustaz jemputan melabel Astora Jabat sebagai seorang yg tak patut/perlu diteladani - dan aku setuju sangat dgn ustaz tu. Isunya pasal pemakaian tudung. Kita dah zaman-berzaman setuju yg pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat, Astora nie pulak seolah menggalakkan tudung tak perlu dipakai. Mana tak angin ustaz tu, hehe.
Sudahlah tulisan Astora Jabat nie mengelirukan (ragu, samar & kabur), malah tak salah rasanya kalau aku kata boleh sampai ke tahap yg menyesatkan (kadangkala terasa penulisannya dicemari dgn elemen kesesatan, pendustaan & kucar-kacir) - blasphemy?. Aku sebagai orang yg tak cukup ilmu dlm bidang agama nie pun takut dah membaca tulisannya - Iman tak kuat beb, takut terpesong pulak. That's why aku dah tak baca sgt tulisannya di Bicara Agama Utusan Malaysia. Samalah jugak dgn Al-Islam; aku tak baca kerana kalau tak silap dia nie salah seorang penulis jemputan (something like that, maybe orang berpengaruh) dlm majalah tersebut. Banyak isu dlm majalah tu sudah terpengaruh dgn gaya penulisan Astora Jabat. Ewl!
Berkisar keadaan sekarang, silap-silap orang akan melabel Astora Jabat nie sebagai Salman Rushie edisi Malaysia. Jangan sampai difatwakan kena hukum bunuh pula ya wahai Encik Astora Jabat.
Hmm, Aku tak faham kenapa pihak Utusan boleh minat dengan orang macam nie......malah yg memelikkan, ada juga si polan yg mengagumi tulisan Astora Jabat nie - silap-silap sampai jadikan idola (bunyinya agak menjengkelkan). Aku rasa sudah sampai pihak kerajaan menentukan taraf Astora Jabat nie - adakah bersalah atau tidak bersalah. Aku rasa ramai sangat yg menentang tulisan Astora Jabat nie, tetapi kenapa dia masih berleluasa & bebas menulis? Adakah orang yg menentang Astora Jabat itu yg bersalah?
Anyway, syabas kepada pihak Mufti Perak atas fatwa mereka. Aku kagum betul dgn Dato' Harussani Zakaria atas kelantangan & ketegasan beliau membicarakan isu Islam (bukan setakat isu Astora Jabat sahaja, banyak lagi). Karaktor beliau nie perlu dicontohi oleh ulama & mufti lain supaya ketuanan Islam terus kukuh bertapak dan tidak dipermainkan dengan sewenang-wenangnya di bumi Malaysia nie. Sekilas teringat pula aku dgn mantan Mufti Selangor, Al-Fadil Dato' Ishak Baharum - menyedihkan!
p/s: Astaro Linux tiada sebarang pertalian dgn


2 Comments:
ah, aku tak sangka nkau juga berminat dgn cerita pasal astora jabat ni. Aku memang dah lama jengkel dgn dia terutamanya dia ada kolum sendiri semenjak balik dari mesir tetapi bukanlah menuntut ilmu seperti apa yang dia sangkakan. Ulama cakap macam ni, dia putar cakap macam tu. Perbahasan dia hanyalah berkitar ikut pandangan logikal, bukan menurut ilmu kitab. Malah perbahasan dia mengalahkan orang yahudi sendiri. Betulah, musuh islam yang sebenar datang dari dalam, bukan dari luar. Setara dengan mustafa kamal artartuk, cuma dia diberi kuasa menulis saja bukan kuasa memerintah yang bezanya antara pena dan senjata.
Kawan aku di utusan malaysia ada berkata, ramai sebenarnya yang tidak ngam secara peribadi dengan dia kerana pandangan aliran islam dia yang menjengkelkan, tetapi memandangkan dah satu tempat kerja buat-buat sukalah juga, maklumlah dia 'somebody' kat situ.
Teringin juga nak tahu apa pandangan orang ttg pandangan astora jabat setelah lbh 10 tahun berlalu ni memandangkan sekarang ini sudah ramai yang celik kitab.
Post a Comment
<< Home