Membayar Zakat Sehari Sebelum 2006
Untuk pertama kali dalam sejarah, aku bayar zakat harta :) Akhirnya sempat jugak aku ke Daruzzakah. Plan mmg dah lama, cuma takde masa (kononnya), hehe.
Alhamdulillah, orang tak ramai - takut jugak ramai cam nak buat MyKad. Staff Daruzzakah pun ok-ok belaka. Diorg letak kaunter taksiran, so senang ler semua org utk kira berapa yg patut diorg bayar. Gula-gula & air pun disediakan. Mmg best lah, nasib baik karipap/samosa tak disediakan, kalau tak mmg perfect lah, hehe. Siap dapat kalendar meja free lagi utk setiap pembayar zakat.
So, aku pun berjaya bayar RM32.50. Nampak cam sikit jek kan; yelah, gaji bersih aku dah ditolak dgn zakat awal-awal lagi. Zakat simpanan pun tak kena bayar, hehe. Semoga rejeki aku akan bersih & lebih murah selepas ini, Amin.....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home