Wednesday, December 14, 2005

Ada Buat Appointment Dgn Kami?

Hmm, susah betul nak buat akaun Maybank nie......

Pagi Isnin lepas, aku pergi ler Maybank branch kat Desa Pandan utk buka akaun (Damn, ramai org suka berurusan guna Maybank2u). Pak guard bagi aku suatu kertas yg ada nombor & suruh aku duduk. Then, ada sorang mamat yg aku rasa dia punya executive datang & panggil aku. Terkejut aku bila soalan yg terpacul daripada mulut mamat nie adalah "Ada Buat Appointment Dgn Kami?".

Perghh, gila betul sekarang. Nak buka akaun bank pun sampai kena ambil appointment. Terasa macam berurusan dgn golongan keparat korporat pulak (utk berbincang projek-projek mega atau utk mendapatkan tender). Dipendekkan cerita, aku kena datang balik 3 hari dari tarikh tu, yakni hari Khamis utk buka akaun.

Pelik-pelik betul dunia sekarang.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home