Tuesday, January 31, 2006

Selamat Tahun Baru 1427H

Bila bermulanya 1 Muharam, teringat lagu yg paling glamour masa zaman sekolah rendah, hehe.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan
Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan
dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu
pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah
membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Selamat Tahun Baru kepada semua muslimin & muslimat.
Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua :)

Friday, January 27, 2006

Ku Tak Berdaya Membahagiakan Kamu.....

Layan blues beb.....ini blues tahap hiba punya.

The Muffins - Salahkah Aku

Tak seindah
Hari-hari yang ku idamkan
Untuk bersamamu
Tiada lagi ruang di hatimu
Untuk ku curahkan segala

Apa yang ku rasa

Tapi kau tak percaya
Siapa ku di hatimu
Hanya mengganggu hidupmu

Maafkanku
Ku tak berdaya
Membahagiakan kamu

Tiba saatnya
Ku kan pergi jua
Mengakhirkan segalanya

Salahkahku
Hanya mahu menyintaimu
Salahkahku
Mendekati hatimu itu

Salahkahku
Sekadar menemani dirimu
Salahkahku
Ku tak bisa meninggalkanmu

Maafkanku
Ku tak berdaya
Membahagiakan kamu

Tiba saatnya
Ku kan pergi jua
Mengakhirkan segalanya

Salahkahku
Hanya mahu menyintaimu
Salahkahku
Mendekati hatimu itu

Salahkahku
Ku tak bisa
Ku tak bisa meninggalkanmu
Salahkah aku.....


Rangkap yg paling menyayat hati dah tentulah pada bahagian "Ku tak berdaya membahagiakan kamu"
Anyway, The Muffins nie memula aku ingatkan Indon, tengok-tengok Malay. Cayalah :)

Duhh, banyaknya rintangan/masalah seminggu dua nie.....

Friday, January 20, 2006

Iza Dah Ada Blog!

Hmm, sejak dah kerja nie, malas betul nak ber"blog-blog", hehe.

Anyway, Iza (officemate) dah ada blog. Aku jugak ler tolong register, set password, ajar itu ini & dan aku jugak ler yang taruk 1st post tu, hehe.
Please visit: http://iza78.blogspot.com/

Saturday, January 07, 2006

Selamat Pengantin Baru Utk Haris Othman


Alhamdulillah, Haris ex-coursemate masa kat MMU insya-Allah sepatutnya dah selamat diijabkabulkan pukul 5 petang tadi. Kendurinya esok, hehe. Hadiah utk hari esok, baru je aku beli tadi.

Last time aku jumpa mamat nie adalah di Puduraya, masa aku nak ke Lumut hari tu lah. Tak tau pulak dia nie dah nak kahwin time tu, hehe. Memang banyak kenangan dgn si Haris nie; antaranya satu majoring, sekali amik kelas CCNA, projek/assignment pun banyak buat sekali. Kadang-ladang aku tiru dia, kadang-kadang dia yg tiru aku. 3 tahun berkawan dgn dia nie mmg banyak sangatlah kenangannya, hehe.

Semoga perkahwinan si Haris nie akan berbahagia & berkekalan ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!

Sunday, January 01, 2006

Selamat Tahun Baru 2006

Selamat Tahun Baru 2006! Semoga kehidupan aku, keluarga, saudara-mara, sahabat handai kawan-kawan & yang tersayang diberkati oleh Allah s.w.t. Tadi mak call, suruh aku selalu mengaji Al-Quran & baca Yassin. Hmm, nampaknya nie lah satu-satunya azam utk tahun 2006 nie :)

Oh ya, aku hanya menyambut malam tahun baru di rumah sambil tengok match bola (EPL & Liga Super Malaysia) & sekali-sekala buka Lord Of The Rings & Charlie Angels sambil berbalas mesej dgn Anis. Heh, aku telah menurut nasihat ayah aku supaya hanya duduk di rumah berehat tanpa keluar berjalan-jalan :) Hari nie juga aku tak ke mana; pagi tidur secukup rasa, tgh hari layan Melodi & petang di office - malam belum tahu lagi.

Selamat tinggal 2005, selamat datang 2006!