Saturday, December 31, 2005

Membayar Zakat Sehari Sebelum 2006

Untuk pertama kali dalam sejarah, aku bayar zakat harta :) Akhirnya sempat jugak aku ke Daruzzakah. Plan mmg dah lama, cuma takde masa (kononnya), hehe.

Alhamdulillah, orang tak ramai - takut jugak ramai cam nak buat MyKad. Staff Daruzzakah pun ok-ok belaka. Diorg letak kaunter taksiran, so senang ler semua org utk kira berapa yg patut diorg bayar. Gula-gula & air pun disediakan. Mmg best lah, nasib baik karipap/samosa tak disediakan, kalau tak mmg perfect lah, hehe. Siap dapat kalendar meja free lagi utk setiap pembayar zakat.

So, aku pun berjaya bayar RM32.50. Nampak cam sikit jek kan; yelah, gaji bersih aku dah ditolak dgn zakat awal-awal lagi. Zakat simpanan pun tak kena bayar, hehe. Semoga rejeki aku akan bersih & lebih murah selepas ini, Amin.....


Wednesday, December 14, 2005

Ada Buat Appointment Dgn Kami?

Hmm, susah betul nak buat akaun Maybank nie......

Pagi Isnin lepas, aku pergi ler Maybank branch kat Desa Pandan utk buka akaun (Damn, ramai org suka berurusan guna Maybank2u). Pak guard bagi aku suatu kertas yg ada nombor & suruh aku duduk. Then, ada sorang mamat yg aku rasa dia punya executive datang & panggil aku. Terkejut aku bila soalan yg terpacul daripada mulut mamat nie adalah "Ada Buat Appointment Dgn Kami?".

Perghh, gila betul sekarang. Nak buka akaun bank pun sampai kena ambil appointment. Terasa macam berurusan dgn golongan keparat korporat pulak (utk berbincang projek-projek mega atau utk mendapatkan tender). Dipendekkan cerita, aku kena datang balik 3 hari dari tarikh tu, yakni hari Khamis utk buka akaun.

Pelik-pelik betul dunia sekarang.....

Monday, December 12, 2005

Sihatkan Badan

Tadi pergi buat medical check-up utk renew lesen GDL. Damn, doktor kata blood pressure aku kurang normal. Then, mulalah dia soal-siasat; tanya pasal kerja, makanan, sukan & yada-yada-yada. Secara jujurnya aku pun mengaku yg aku memang kuat makan, suka benda-benda masin & berminyak, suka junk food & kurang bersenam (actually tak bersenam langsung kot), hehe. Maka, doktor tersebut menyuruh aku kurangkan makanan yg tak sihat & banyakkan bersenam/beriadah/bersukan.

Masa timbang pun tadi dia tgk jisim aku 60.5kg. Terkejut jugak aku, dalam bulan 7 hari tu, baru dalam 59kg - tu pun bila dah puas melantak. Ini pagi-pagi, baru minum nescafe secawan dah 60.5kg.

Kesimpulannya, tindakan drastik perlu diambil. Aku kena kurangkan makan & banyakkan bersenam, hehe. Bilalah nak mula nie.....

Chiow, mau pergi National Library.

Sunday, December 11, 2005

Prolog: Kesinambungan

Hmmm, setiap cerita/kisah yang tergantung, perlu ada kesinambungannya. Di Celah-celah Kehidupan adalah kesinambungan daripada Catatan Kehidupan Seorang Loser. Di manakah Catatan Kehidupan Seorang Loser, itu kalian perlu mencarinya sendiri - sesungguhnya maklumat kini berada di hujung jari :)

Phewww.....................